Pusat Koreksional Machang kesan waris banduan meninggal dunia

Iklan
Shwe Tunberasal dari Yangon, Myanmar meninggal dunia di Hospital Machang akibat kanser usus.

KOTA BHARU - Pusat Koreksional Machang sedang mengesan waris seorang banduan warga Myanmar yang meninggal dunia pada Sabtu.

Lelaki berkenaan, Shwe Tun, 50, yang berasal dari Yangon, Myanmar meninggal dunia di Hospital Machang akibat kanser usus.

Iklan
Iklan

Pusat Koreksional melalui kenyataan pada Isnin berkata, lelaki itu menjalani hukuman mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Penguasa Penjara, Asisten Superintenden Zaini Salim di talian 0137877474.

Iklan
Iklan