PEMAIN penyerang, Leandro Trossard memacu kejayaan Arsenal menamatkan badi kemenangan ke atas Everton 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh enam tahun.
The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta berjuang sejak tahun 2017 untuk meraih kemenangan pertama di Goodison Park sebelum Trossard meledak gol tunggal pada minit ke-69.
Iklan
Iklan
Arteta sebelum ini mengingatkan pemain mengenai 'sumpahan Everton' yang boleh diatasi jika mereka sedia bermain secara fizikal dan pemain-pemain Arsenal menyahut cabaran tersebut.
"Sudah lama tidak mengecapi kejayaan di sini. Kami bermain dengan sangat baik dan menguasai permainan sepenuhnya. Sepatutnya mampu memperoleh kemenangan lebih besar.
"Ia sangat menyeronokkan. Kami bersabar dan Leandro menghasilkan tindakan penyudah menakjubkan untuk menang,” kata Arteta.
Kemenangan itu melonjakkan The Gunners ke tangga keempat, dua mata di belakang pendahulu, Manchester City yang meranapkan impian kejuaraan mereka pada akhir musim lalu.
Everton yang belum meraih sebarang kemenangan musim ini pula kekal dalam zon penyingkiran selepas bergelut untuk kekal dalam saingan EPL musim lalu.