KETENANGAN pemain muda berusia 20 tahun, Jarell Quansah mengemudi benteng Liverpool ketika beraksi buat kali pertama dalam kesebelasan utama mendapat pujian Jurgen Klopp.
Quansah diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderers Sabtu lalu.
Dia mengisi posisi bek tengah selepas Virgil van Dijk digantung perlawanan.
"Saya perlu katakan yang dia beraksi dengan cemerlang. Ketika serangan dia amat tenang.
"Ketika pasukan kelam-kabut di babak pertama, dia yang kelihatan paling tenang,” ujar Klopp.
Pada aksi itu Wolves terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Hwang Hee-chan pada minit ketujuh sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Andy Robertson meledak gol kedua sebelum Hugo Bueno menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan The Reds.
"Biasanya kami jarang ketinggalan tetapi masih mendapat keputusan positif.
"Mungkin musim lalu saat kejatuhan kami, namun kerap juga melakukan kebangkitan.
"Setakat ini persembahan kami sangat baik. Permulaan yang baik,” ujar Robertson.