Oniki mahu pemain pamer aksi terbaik

Iklan
Oniki (kiri) dan Tachibanada

PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki mahu skuad kendaliannya itu beraksi sebaik mungkin ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Menurut Oniki, biarpun bakal menerima tentangan sengit daripada kesebelasan Harimau Selatan, dia tetap yakin skuad yang terkenal dengan jolokan Gremio itu mampu mencatatkan kejayaan pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami turut menyasarkan untuk meledak gol awal bagi menyemarakkan semangat kesebelasan pemain untuk meneruskan aksi pada peringkat seterusnya.

"Justeru, kami juga sedang menyusun kesebelasan terbaik yang bakal beraksi malam esok,” katanya dalam sidang akhbar menjelang aksi berkenaan pada Isnin.

Iklan

Tambah Oniki, pihaknya juga mahu benteng pertahanan ‘merantai’ pergerakan penyerang import JDT, Bergson Da Silva dan tonggak tengah, Juan Muniz.

Katanya, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan dilihat mampu memberikan ancaman kepada kedua-dua pemain berkenaan.

Iklan

Sementara itu, kapten skuad Gremio, Kento Tachibanada mengakui mengenali pemain import JDT, Takahiro Kunimoto dan mengakui kelebihan yang ada pada pemain berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain diharap dapat menghasilkan kejayaan sebagaimana yang telah dijanjikan kepada penyokong sebelum menaiki kapal terbang ke Johor.

"Ya, saya kenal dengan dia yang juga merupakan seorang pemain yang bagus. Tetapi kali ini, kita berjumpa dalam perlawanan berbeza dan pasukan yang berbeza.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengekang pergerakannya (Takahiro),” katanya.