"Tiada bukti berlaku penukaran label beras tempatan kepada import'

Iklan
Mohamad Sabu ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada bukti berlakunya penukaran label beras putih tempatan kepada import ditemukan dalam Operasi Beras Putih yang dijalankan di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, menerusi operasi itu, sebanyak 500 pemeriksaan di peringkat kilang, pemborong, dan peruncit telah dilaksanakan bermula 17 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Kementerian telah melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan mulai 17 Julai 2023 di seluruh negara.

"Operasi ini bagi mengesan sebarang salah laku seperti aktiviti penyorokan beras.

Ujarnya, beberapa langkah intervensi telah diambil melibatkan penguatkuasaan dan sesi libat urus dengan pemain industri bagi menangani isu kekurangan beras tempatan di pasaran.

Iklan

"Kementerian telah laksanakan operasi beras putih tempatan bermula 16 Ogos 2023 meliputi pemeriksaan di kilang padi dan pemborong beras.

"Ini adalah susulan dakwaan penyelewengan penjualan beras dengan menukar bungkusan atau menukar label beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual dengan harga beras import lebih tinggi.

Iklan

"Bagaimanapun hasil daripada operasi ini, KPKM mendapati tiada bukti kukuh mengesahkan dakwaan tersebut," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.