KUCHING - Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di negeri ini, dengan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dijangka membuat kemasukan beras import 13,000 hingga 15,000 tan metrik ke Sarawak setiap bulan.
Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sarawak, Nor Anizan Radzali berkata, selain itu bekalan beras tempatan seperti beras bario, adan dan keladi yang menyumbang kepada 10 peratus sumber beras di Sarawak, tidak terjejas.