Mesej tular libat peserta Felo Perdana hanya rekaan - Suria

Iklan
Kenyataan penafian Suria pada Isnin.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengarah Komunikasi Strategik dan Komunikasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Suria Zainal menafikan kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini berhubung penamatan penglibatan peserta Felo Perdana hanya bertujuan mendiamkan orang ramai.

Beliau turut menegaskan dakwaan melalui pesanan teks yang meminta felo tersebut meneruskan tugas seperti biasa juga adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Saya ingin jelaskan mesej teks yang mendakwa KBS terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mendiamkan orang ramai. YB (Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) telah meminta awak untuk datang ke MITI esok dan menjalankan tugas seperti biasa.

"Ia adalah rekaan semata-mata," katanya menerusi hantaran di Twitter pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, satu tangkap layar tular di media sosial membabitkan perbualan antara Suria dan seorang felo tersebut.

Menerusi perbualan rekaan tersebut, Suria menyatakan isu itu akan diselesaikan dan meminta Felo berkenaan menjadikan perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran dan merupakan satu halangan yang tidak seharusnya menjadi punca kegagalan kehidupan.

Sehubungan itu menurut Suria, beliau akan membuat laporan polis selepas pulang dari New York pada 27 September ini berhubung perkara berkenaan.

Iklan

Sinar Harian pada 13 September lalu melaporkan seorang peserta Felo Perdana tahun ini yang ditempatkan di MITI akan ditamatkan penglibatannya dalam program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

Menurut KBS dalam kenyataan, pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan, namun semakan lanjut mendapati sijil yang dikemukakan bagi satu pencapaian yang disenaraikan adalah tidak tulen.