Menteri KPDN baharu perlu dilantik segera

Iklan
Foto hiasan

HAMPIR dua bulan negara kita kehilangan seorang menteri yang memegang portfolio penting kepada rakyat iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Sehingga kini, jawatan itu belum diisi oleh mana-mana sosok dan tanggungjawab itu dipegang sementara oleh Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali serta dibantu Timbalan KPDN, Fuziah Salleh.

Iklan
Iklan

Hari demi hari, rakyat khasnya kumpulan B40 dan M40 dihimpit pelbagai masalah berkaitan kos sara hidup.

Baru-baru ini, pengguna dikejutkan dengan kenaikan harga beras import dan kekurangan bekalan telur ayam.

Iklan

Akhbar ini juga pada Ahad lalu, melaporkan rungutan para pelanggan khasnya peniaga yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bawang dan cili kering.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, pelantikan menteri KPDN sepatutnya dibuat lebih awal kerana portfolio itu bersangkut paut dengan isu keperluan harian rakyat.

Iklan

Tegasnya, melantik pemangku bagi tempoh yang lama bukanlah keputusan baik kerana tidak mempunyai kuasa besar untuk membuat keputusan penting.

Ada benar juga pendapat beliau itu kerana kedudukan seorang menteri yang menjaga kepenggunaan dan harga barang sangatlah penting.

Semua sedia maklum, hendak melantik menteri tidak perlu hingga mengadakan pilihan raya kerana ini merupakan tempoh genting. Pilih pemimpin yang ada kelayakan dan kemampuan.

KPDN perlu ada ketuanya sendiri bagi mengepalai semua mesyuarat dan beliau boleh membuat keputusan kerana pemangku dan timbalan kementerian itu yang ada tidak mampu berbuat demikian.

Menteri KPDN juga wajib turun padang dan membuat keputusan bagi menyelesaikan isu harga barangan yang menghimpit rakyat kini.

Perlu diingat, tanggungjawab yang dipegang Armizan sebagai pemangku tidak membolehkan beliau beraksi secara penuh kerana beliau masih mempunyai tanggungjawab lain selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pendek kata, kerusi yang dikosongkan itu perlu diisi dengan segera dan bukannya tanggungjawab dipikul oleh pemangku.