SULAIMANIYA - Enam individu termasuk seorang anggota tentera maut dalam satu serangan dron di lapangan terbang tentera di utara Iraq pada Isnin.
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan mengesahkan bahawa serangan berlaku di Lapangan Terbang Arbat, yang terletak 28 kilometer di tenggara bandar Suleimaniyah.
Iklan
Iklan
Serangan itu, turut mengakibatkan tiga anggota pasukan Peshmerga Kurdistan cedera.
Media tempatan melaporkan, lapangan terbang tersebut sedang dalam proses naik taraf dan pemulihan untuk menyediakan pusat latihan antikeganasan berkaitan Parti Kesatuan Patriotik Kurdistan yang mempunyai konflik dengan pemerintahan pusat di Sulaymaniyah.
Bagaimanapun, Sulaymaniyah mendakwa, Turki merupakan dalang utama di sebalik serangan tersebut.
Menurut Iraq, Turki sering melakukan serangan ke atas sasaran di Syria dan Iraq yang dipercayai berkaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah kumpulan pemisah Kurdistan yang telah memulakan pemberontakan terhadap Turki sejak tahun 1980-an.
Pada April lalu, Turki menutup ruang udara negara itu untuk penerbangan keluar masuk dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sulaymaniyah, dengan alasan peningkatan yang didakwa dalam aktiviti militan Kurdistan yang mengancam keselamatan penerbangan. - Awani