KOTA KINABALU - Jumlah pengeluaran dan bekalan beras tempatan di pasaran Sabah perlu ditingkatkan bagi memastikan harga beras tidak naik mendadak dan sentiasa berpatutan bagi membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Berbeza dengan situasi di Semenanjung, harga beras tempatan Sabah diapungkan di pasaran dan tidak termasuk dalam kawalan harga berdasarkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan) (No. 5) 2008.
Tinjauan di beberapa bandar di negeri ini antaranya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau hari ini mendapati bekalan beras tempatan di Sabah berkurangan berbanding sebelum ini, namun mengalami kenaikan harga daripada sekitar RM26 untuk 10 kilogram sebelum ini kepada sekitar RM37 untuk pek sama.
Penyelia sebuah pasar raya di sini, Adam Hakimi Romme, 28, berkata, bekalan beras tempatan dan import pada masa ini masih ada, tetapi harga jualan beras bergantung kepada permintaan dan penawaran.
"Apabila bekalan beras kurang, permintaan menjadi tinggi, jadi harga itu akan meningkat. Dalam satu, dua minggu ini begitulah keadaannya dengan pembekal kami, bekalan yang sampai amat kurang, dalam separuh berbanding hari biasa. Jadi harganya lebih mahal,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, harga beras import yang meningkat pada masa ini merupakan antara sebab ramai pengguna beras itu beralih kepada beras tempatan yang seterusnya meningkatkan permintaan dan harga beras tempatan itu sendiri.
Mekanik jentera berat, Mohd Hasli Juraimi, 31, berkata, ramai rakyat Sabah memilih beras tempatan kerana harganya lebih murah berbanding import, namun situasi pada masa ini amat menyukarkan kerana harga beras tempatan meningkat bersama harga beras import.
"Orang Sabah ramai kurang mampu beli beras import terutama sekarang dengan harga RM48 hingga RM58 (10 kilogram). Jadi, beras tempatan menjadi harapan kami untuk makanan keluarga tetapi naik juga (beras tempatan) sampai RM37 (10 kilogram) jadi kenalah kawal harga untuk tolong orang susah seperti kami,” katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, pemberian subsidi untuk beras tempatan oleh kerajaan boleh meningkatkan penghasilan beras tempatan untuk menampung kekurangan bekalan beras import di negara ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan Sabah sedang berusaha meningkatkan tahap sara diri (SSL) beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030 menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya bagi memastikan bekalan beras tempatan seimbang di pasaran.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu berkata, Negeri di Bawah Bayu mengimport 290,000 metrik tan beras pada 2021, bagaimanapun pengeluaran beras tempatan hanya pada tahap 22,000 metrik tan sahaja.
Beliau berkata, Sabah memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM166 juta bagi membangunkan 8,602.52 hektar sawah terbiar untuk meningkatkan enam peratus SSL beras Sabah dan RM16.91 juta untuk Program Pembangunan Padi Tanah Kering (HUMA) 18,733 hektar bagi meningkatkan SSL beras negeri 7 hingga 10 peratus.
"Selain itu usaha membangunkan jelapang padi seluas 11,000 hektar di bawah Felda di kawasan Tunku, Lahad Datu mampu menambah SSL beras Sabah antara 30 hingga 40 peratus. Bekalan baja juga perlu diurus kerajaan Sabah bagi mengelak kelewatan atau kualiti bekalan,” katanya.
Secara dasarnya Jeffrey berkata usaha kawal selia padi dan beras mampu menjadi lebih baik dan berkesan sekiranya kawal selia serta autonomi itu diberikan kepada kerajaan Sabah yang lebih memahami tentang situasi juga isu itu di negeri tersebut. - Bernama