Ketua pembantu tadbir sekolah ditahan SPRM, kemuka tuntutan palsu

Iklan
Seorang lelaki yang merupakan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin bagi permohonan reman selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu. - (Foto SPRM)

SEREMBAN - Seorang ketua pembantu tadbir sebuah sekolah direman selama enam hari bermula Selasa selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah kira-kira RM22,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Seremban, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 4 petang Isnin di pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

"Suspek ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan manakala isterinya yang juga seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah lain dan pemilik syarikat tidak ditahan," kata sumber berkenaan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.