PRK Pelangai: Tujuh borang penamaan calon dijual - SPR

Iklan

KUANTAN - Sebanyak tujuh borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sudah terjual setakat ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, semua borang itu dibeli UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan sebuah pertubuhan.

Iklan
Iklan

PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Oktober ini, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada 23 September ini, manakala 3 Oktober ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

Iklan

BN dan PN dijadualkan mengumumkan calon mereka pada malam esok di bandar Bentong dan Pelangai.

Pada 29 Ogos lepas, Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli yang merupakan anak jati Pelangai menjadi individu pertama ke pejabat SPR untuk membeli borang penamaan.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN Kasim Samat, Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Pejuang Isa Ahmad. - Bernama