Baddrol Bakhtiar tubuh pasukan bola sepak BB7

Iklan
Baddrol (enam dari kanan) meluangkan masa bermain bola sepak bersama belia India di Taman Gurun Jaya, Gurun baru-baru ini.

[DIKEMAS KINI] BEKAS pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar kini dalam perancangan menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri apabila membuka peluang kepada penduduk Gurun, Kedah yang berusia 17 hingga 39 tahun untuk menyertainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu melalui perkongsian di media sosial mengajak warga di kawasan tersebut untuk menyertai sesi pemilihan tertutup bagi mewakili pasukan bola sepak BB7.

Iklan
Iklan

Usaha tersebut dilihat menjadi medan terbaik buat bekas ketua pasukan Kedah itu bagi mendekati golongan anak muda di kawasannya dan pemilihan akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober depan di Padang Modenas Gurun.

Sebelum ini, legenda bola sepak Kedah itu juga turut kembali beraksi dalam satu perlawanan membabitkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah menentang Persatuan Bolasepak Cina Kedah.

Iklan

Baddrol (dua kiri) mendekati belia India melalui sukan bolasepak di Taman Gurun Jaya, Gurun baru-baru ini.

Beliau yang telah bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun ini selepas kali terakhir mewakili Sabah FC di Liga Super masih mampu beraksi selain lincah di atas padang sebagai pemain tengah.

Iklan

Melalui perkongsian di Facebook Baddrol juga mendapati wakil rakyat tersebut turut berkesempatan bermain bola sepak bersama belia India di Taman Gurun Jaya.

"Sambil-sambil main kita nak cungkil bakat untuk masuk pasukan bola Gurun bagi mencipta pelapis masa depan dalam bidang sukan bola sepak," tulisnya.