Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1

Iklan
Hantaran dimuat naik di Facebook Sarahana Saa

KUALA NERUS - Seorang wanita terkejut apabila perlu membayar RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai di sekitar daerah ini pada Selasa.

Pengguna Facebook dengan nama Sarahana Saa berkata, harga tersebut tidak masuk akal kerana saiz kaki ayam goreng itu bersaiz kecil namun dijual pada harga yang kurang munasabah.

Iklan
Iklan

"Terkejut saya, bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pandangan sama seperti wanita berkenaan.

Iklan

"Fuh, RM1...masak sendiri la macam ni kalau nak makan kaki ayam," komen pengguna Facebook Che Syakirah.

"Keras kejung tengok kaki ayam tu, mahal dah barang sekarang ni," luah pengguna Facebook Syafiq Aizat.

Iklan

"Mahal sangat. Ingat mahal dah bila beli orang jual dua batang RM1, biasa beli. Yang ini mahal juga," ujar Fatin Qalisya.

"Harga makanan di Terengganu memang mahal. Setanding harga di Kuala Lumpur," kata Muhammad Hisyam Haliah.