Gagal lapor diri, askar hamil dihukum penjara enam tahun

Iklan
Gambar hiasan 123RF

MOSCOW - Seorang askar Rusia yang sedang hamil dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana gagal melaporkan diri untuk bertugas, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan akhbar Kommersant pada Isnin.

Mahkamah tidak mengendahkan laporan daripada perkhidmatan perubatan unit tenteranya yang mengesyorkan dia diberi pengecualian sementara daripada bertugas.

Iklan
Iklan

Mahkamah tentera di bandar selatan Vladikavkaz memutuskan bahawa oleh kerana wanita itu tidak meletak jawatan, dia seharusnya bertanggungjawab kerana tidak hadir bekerja.

Pihak pembelaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Iklan

Lans koperal itu telah menandatangani kontrak sejak 2016 dan sudah mempunyai seorang anak berusia lima tahun, kata media Rusia, memetik maklumat daripada mahkamah.

Mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga 2032, apabila anaknya meningkat dewasa.

Iklan

Rusia telah melancarkan perang besar-besaran menentang negara jiran Ukraine selama hampir 19 bulan dan mengalami kerugian besar. - Bernama.