Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000

Iklan
Sasikala Devi dalam sidang akhbar kejayaan rampasan kes dadah di IPK Selangor pada Selasa.

SHAH ALAM - Seorang lelaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM100,000 untuk mengelak daripada ditahan selepas penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM2.7 juta di dalam but keretanya di tepi jalan di Bukit Puchong, Selangor, 13 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan semasa rondaan cegah jenayah anggota Balai Polis Puchong kira-kira jam 7.50 petang.

Iklan
Iklan

"Suspek yang sedang berjalan menuju ke keretanya jenis Hyundai itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, suspek juga cuba menawarkan wang sogokan bernilai RM100,000 kepada anggota terbabit supaya tidak ditangkap.

Iklan

Katanya, dipercayai dadah terbabit untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

"Suspek kemudian telah direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Iklan