Sembilan ekor kerbau mati disyaki diracun

Iklan
Yoovan menunjukkan salah seekor kerbaunya mati di ladang berkenaan.

PORT DICKSON - Sebuah keluarga yang mengusahakan penternakan kerbau kesal apabila sembilan ternakannya itu ditemui mati dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Barisan, Sua Betong dekat sini pada Isnin.

Penternak, G Yoovan Kumar, 24, berkata, pada awalnya dia dimaklumkan pada jam 12.30 tengah hari tiga ekor kerbaunya telah mati sebelum menemui satu tong berisi gula merah disyaki bercampur racun di ladang tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia mempunyai 150 ekor kerbau dan selepas diperiksa sembilan daripadanya ditemui mati manakala12 hingga 13 kerbau lagi masih hilang.

Yoovan menunjukkan gambar kakitangan veterinar yang datang membuat siasatan.

"Saya generasi ketiga menternak kerbau yang diwarisi daripada ayah dan datuk sebelum ini. Dikhuatiri ternakan kami terminum air dalam tong berkenaan sebelum ditemui mati," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Iklan
Yoovan menunjukkan tong berisi gula merah disyaki dicampur dengan racun.

Yoovan Kumar berkata, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

"Justeru, satu laporan polis telah dibuat pada Isnin di Balai Polis Linggi untuk tindakan lanjut pihak polis dan Jabatan Veterinar Negeri Sembilan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed mengesakan menerima laporan berkenaan.