[VIDEO] Peruntukan pembangkang: 'Kalau tak runding, sampai bila pun saya tak luluskan' - Anwar

Iklan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang diingatkan supaya tidak angkuh dan sombong dalam usaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu berunding dengan kerajaan seperti yang dilakukan ketika pemerintahan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika mahukan dana seperti yang dibangkitkan.

Iklan
Iklan

Beliau juga memberi jaminan akan mengguna pakai syarat-syarat yang tidak jauh berbeza dengan perjanjian dimetrai pembangkang ketika itu.

Iklan

"Jadi kita hantar perwakilan, bincang baik-baik dan kemudian ada hala tuju. Akhirnya beliau jemput saya, bincang sekali lagi. Lepas putus, tandatangan dan luluslah.

"Ini tak perlu tandatangan, bincang, kata ini hak kami...bukan, ini bukan hak ahli Parlimen. Rundinglah, lepas itu lulus.

Iklan

"Kalau tak nak runding, tunggulah sampai bila pun. Saya tidak akan luluskan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi pergulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar - Foto Bernama

Pada masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu mengkritik kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan ke kawasan mereka.

Sedangkan ujar beliau, ia hanya melibatkan untuk ahli Parlimen sahaja.

"Peruntukan di kawasan dan rakyat tetap disalurkan melalui beberapa projek untuk rakyat," jelasnya.