30 minit menahan sakit, lutut tersepit di dahan pokok

Iklan
Mangsa menangis kesakitan sementara menuggu pasukan penyelamat tiba - FOTO: IHSAN BOMBA

KLANG - Gara-gara tergelincir ketika memanjat pokok, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung sakit hampir 30 minit selepas lututnya tersepit pada dahan pokok.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa yang juga murid tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hira’ Kampung Batu Belah dikatakan bermain dan memanjat pokok terbabit.

Iklan
Iklan

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik saja tiba di lokasi pada jam 12.34 tengah hari, pasukan bomba yang diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi A Rashid mendapati lutut kiri mangsa tersepit pada dahan pokok.

Iklan

"Lutut mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan peralatan khas,” katanya yang menamatkan operasi pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Iklan