KUALA LUMPUR - Bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengawal kebakaran sebuah kilang plastik di Jalan Perusahaan Kiri, Jalan Genting Klang di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam tadi melibatkan ruang kilang berkeluasan 5700 kaki persegi.
Iklan
Iklan
Komander operasi, Mohd Fairus Md Shah berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.34 malam dan sepasukan 63 anggota penyelamat bergegas ke lokasi.
"Pasukan penyelamat tiba lima minit kemudian. Tindakan pantas bomba memastikan api tidak merebak ke kilang bersebelahan dan bangunan berhampiran.
Pasukan bomba sedang mengawal kebakaran
Iklan
"Api berjaya dikawal pada jam 9.32 malam,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini tiada mangsa terlibat.
Iklan
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.