‘Reformasi bukan lagi agenda kerajaan ’ - Wan Saiful

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Reformasi didakwa tidak lagi menjadi agenda dan keutamaan kerajaan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, terdapat beberapa pertuduhan yang melibatkan ahli politik telah dibebaskan sehingga menimbulkan spekulasi pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga didakwa gagal memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat mengenai situasi yang berlaku dalam sistem perundangan negara.

Wacana Sinar siri ke 413 membincangkan tajuk DNAA: Dilema Keputusan Pendakwa Raya menampilkan panelis,(dari kiri) Hos, Ismail Adnan, Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Peguambela merangkap Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Hasnal Rezua Merican, Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla dan Pengerusi Biro Undang-Undang Anti Rasuah & Intergriti Parti PUTRA, Zarina Zainal Abidin yang diadakan di Karangkraf. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

"Saya rasa ini yang dikehendaki oleh kerajaan sekarang apabila individu yang sebelum ini dipersoalkan integriti dan kredibiliti mereka akhirnya dibebaskan daripada segala pertuduhan dengan menggunakan kuasa sedia ada.

Iklan

"Perkara ini menyebabkan reformasi yang dibentuk oleh kerajaan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah lama mati,” katanya dalam Wacana Sinar Harian siri 413 bertajuk ‘DNAA: Dilema keputusan Pendakwa Raya’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Zarina Zainal Abidin, Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdullah dan Peguam Bela merangkap Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Iklan

Ujar Wan Saiful, gesaan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dilaksanakan segera bagi memastikan setiap individu yang didapati bersalah menjalani proses perundangan secara adil.

Beliau turut menjelaskan, kerajaan pimpinan Anwar seolah-olah sudah melupakan agenda pemisahan kuasa eksekutif, perundangan dan judisiari yang selama ini diperjuangkan oleh PH.

Ulasnya, jika PH- BN gagal berbuat demikian Perikatan Nasional (PN) sedia membawa perubahan institusi yang selama ini mereka perjuangkan secara konsisten.

"Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang dituntut seolah-olah dilupakan oleh kerajaan walaupun kita sudah mula memperjuangkan isu ini sejak tahun 2010.

"Kalau PH-BN tidak boleh buat, PN boleh laksanakan kerana kita lebih konsisten dalam reformasi berbanding kerajaan sekarang,” katanya.