Enam motosikal musnah dalam kebakaran

Iklan
Antara motosikal yang musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Penara. - Foto JBPM

KUALA LUMPUR - Enam motosikal musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada malam Selasa.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut membabitkan sebuah bilik kelas fardu ain (KAFA).

Iklan
Iklan

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Hisam Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 malam.

Susulan itu, satu jentera dan satu jentera unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

Setiba pasukan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sembilan motosikal di mana enam daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi 10 peratus.

Mohd Hisam berkata, kebakaran turut membabitkan sebuah bilik KAFA dengan kemusnahan dianggarkan lima peratus.

Iklan

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 malam dan kejadian tidak membabitkan mangsa.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Awani