Arteta tuntut permulaan padu Arsenal

Iklan
Arteta. FOTO: AGENSI

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta, menegaskan The Gunners berhak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini sambil menuntut kelab Liga Perdana Inggeris itu memanfaatkan sebaik mungkin kehadiran semula ke saingan teratas Eropah selepas enam tahun menyepikan diri.

Arsenal, yang kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak kempen 2016-17, berdepan kelab Belanda, PSV Eindhoven di Stadium Emirates, juara Liga Europa Sevilla (Sepanyol) dan RC Lens (Perancis) dalam Kumpulan B.

Iklan
Iklan

"Setiap kali saya menonton Liga Juara-Juara dan kami tidak berada di sana, saya amat merasakannya. Kelab ini mesti berada dalam Liga Juara-Juara.

"Ia adalah satu proses tetapi kami berada di sini dan kini perlu memanfaatkannya sebaik mungkin. Ya, ia sentiasa satu proses pembelajaran. Saya percaya kami kembali melakukannya musim ini apabila meningkat sebagai satu unit pasukan dan kami berhak untuk menyerlah di sini.

Iklan

"Kami bangga dan teruja. Sudah lama ketiadaan kami dalam kejuaraan berprestij ini dan bagi saya ia adalah kali pertama sebagai pengurus, jadi saya sangat amat menantikannya," kata Arteta.

Kelab London itu bertembung dengan PSV dalam Liga Europa tahun lalu, menyaksikan kedua-dua pasukan memenangi perlawanan di tempat sendiri pada peringkat kumpulan.

Iklan

"Kami perlu melayan PSV seperti mana-mana perlawanan lain. Kami sudah biasa menentang lawan yang sukar setiap minggu dalam Liga Perdana Inggeris. Ia tidak akan berbeza berdepan PSV...

"Kami akan menentang pasukan yang sangat bagus. Mereka sudah biasa menang dan ia akan menjadi ujian yang sangat sukar, saya pasti tentang itu," kata Arteta.

Sebagai rekod, Arsenal akan beraksi tanpa penyerang Gabriel Martinelli, yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan otot ketika menang 1-0 di Everton dalam aksi liga pada Ahad.

"Dia merasakan sesuatu di hamstringnya. Kami perlu melakukan beberapa ujian lanjut," kata Arteta, sambil menambah bahawa terdapat kemungkinan pemain Brazil itu boleh cergas pada masanya untuk berdepan saingan Tottenham Hotspur dalam kempen liga pada Ahad.