Piala Cabaran: Kuching City, Penang mula langkah kanan

Iklan
Pemain Kedah, Ifedayo Olusegun (kanan) berusaha melepasi kawalan Mihailo Jovanovic dari Kuching City dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Negeri. FOTO: Kedah Darul Aman FC

KUCHING City membawa bekalan satu gol bagi perlawanan timbal balik suku akhir kedua Piala Cabaran selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan pilihan Kedah Darul Aman di Stadium Negeri, Kuching pada Selasa.

Kemenangan tipis The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak ke atas angkatan Kenari diuruskan Nafuzi Zain menyaksikan pasukan pelawat berdepan tugas sukar di Alor Setar untuk menterbalikkan kedudukan.

Iklan
Iklan

Kenari yang tampil ke bumi The Cats dengan misi membawa pulang keputusan positif mengasak benteng pertahanan tuan rumah.

Namun kekentalan anak buah Aidil Sharin menyaksikan beberapa percubaan jentera depan Nafuzi berjaya dinafikan sepanjang perlawanan tersebut.

Iklan

Kuching yang jarang mengancam kubu Kedah yang dikemudikan pertahanan terakhir Ifwat Akmal Chek Kassim akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol tersebut pada minit ke-87.

Gol diledakan hasil rembatan padu Abu Kamara menewaskan Ifwat Akmal untuk kemenangan 1-0 pasukan Kuching City. Dalam satu lagi aksi di Stadium Bandaraya, Penang FC menewaskan Harini Selangor FT, 2-1.

Iklan

Penang kendalian Chong Yee Fatt kembali menyamakan kedudukan menerusi pemain Muhammad Madin Azman pada minit ke-85. Hassan Saad muncul wira Penang apabila meledak jaringan pada minit ke-94 untuk keputusan 2-1.