Dua sahabat maut, trak pikap terjunam dalam sungai

Iklan
Dua sahabat ditemukan maut selepas trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka dipercayai terjunam dan jatuh ke dalam Sungai Chenderung Kubu, di Tumpat pada Rabu.

TUMPAT - Dua sahabat ditemukan maut selepas trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka dipercayai terjunam dan jatuh ke dalam Sungai Chenderung Kubu, di sini pada Rabu.

Mayat kedua-dua mangsa iaitu, Eh Bau Eh Di, 43, dan Eh Heak Eh Yek, 54, ditemukan jam 10.54 pagi pada jarak 27 meter dari tebing tempat trak pikap mereka dilaporkan terjatuh.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian terbabit dipercayai berlaku pada jam 1.40 pagi semasa dua sahabat itu melalui jambatan di sungai berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati salah seorang mangsa terperangkap dalam trak pikap tersebut, manakala seorang lagi di luar kenderaan.

Iklan

"Kami turut mendapati cermin hadapan kenderaan tersebut telah pecah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai mekanik itu telah dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Iklan

Ujarnya, kejadian itu dikatakan disedari oleh penduduk yang kebetulan berada berhampiran lokasi.

Muhamad Zaki memberitahu, kes akan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.