Laos lapor kes cacar monyet pertama

Iklan
Gambar hiasan.

VIENTIANE - Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada terhadap lebih banyak kes virus tersebut, lapor Xinhua.

Seorang lelaki yang didapati terjangkit cacar monyet selepas melakukan perjalanan dari negara jiran, kini sedang dalam pemantauan di sebuah hospital di ibu negara Laos, Vientiane, menurut notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Laos pada Selasa.

Iklan
Iklan

Kementerian tersebut berkata, lebih banyak kes mungkin dapat dikesan di Laos kerana jumlah orang yang melancong ke negara lain agak tinggi, termasuk di mana kes virus itu telah dilaporkan.

Bagi mengelak wabak, kementerian telah meminta jabatan kesihatan di wilayah-wilayah yang bersempadan dengan negara-negara jiran untuk bertindak terhadap penyakit itu.

Iklan

Kementerian itu telah menasihati kakitangan di hospital dan klinik kerajaan dan swasta untuk mengadakan ujian cacar monyet pada sesiapa yang mengalami demam dan ruam akut yang tidak dapat dijelaskan.

Jika virus itu disyaki, sampel yang diambil harus dihantar ke Pusat Kebangsaan untuk Makmal dan Epidemiologi untuk analisis.

Iklan

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus cacar monyet. Kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya, tetapi ada yang mengalami sakit teruk.

Virus itu boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan fizikal dengan seseorang yang berjangkit, dengan bahan yang tercemar, atau dengan haiwan yang terjangkit. - Bernama