Berhenti kerja demi jaga ibu

Iklan
Siti Rokiah bertanggungjawab menjaga dan menguruskan ibunya.

YAN - Seorang wanita nekad untuk berhenti kerja demi menjaga ibunya yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit.

Siti Rokiah Othman, 46 berkata, dia pernah bekerja kilang selama 21 tahun namun terpaksa berhenti sejak lima tahun lalu ekoran perlu memberi perhatian penuh kepada ibunya.

Iklan
Iklan

Katanya, ibunya Che Nah Man, 77 mengalami masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga masalah strok.

"Ibu saya selalu kena 'minor stroke' menyebabkan pergerakkannya terbatas dan perlu dibantu untuk bergerak,

Iklan

"Ibu juga terpaksa memakai lampin pakai buang setiap masa kerana sering membuang air kecil tanpa sedar.

"Selain itu, ibu juga diserang 'minor stroke' sekurang-kurangnya dua minggu sekali," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jalan Perigi hari ini.

Iklan

Menurut Siti Rokiah, dia mempunyai empat adik-beradik dan kesemuanya adalah perempuan.

"Kesemua adik beradik dah berkahwin dan tinggal di negeri yang berlainan jadi tanggungjawab menjaga ibu terletak di bahu saya.

"Ayah pula telah meninggal dunia sejak saya berumur 5 tahun lagi dan ibulah yang menjaga kami adik beradik," katanya.

Tambah Siti Rokiah, dia juga pernah berkahwin dan berpisah sejak beberapa tahun yang lalu.

"Saya anggap dugaan hidup saya itu sebagai hikmah untuk memudahkan urusan saya menjaga emak pada hari ini.

Siti Rokiah memilih ubat untuk ibunya.

"Namun begitu, keadaan menjadi sukar setiap kali nak dapatkan ubat di hospital sebab saya tak ada kenderaan seperti kereta," katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mengambil sendiri sampel air kencing ibunya di rumah, memeriksa tekanan darah dan membawa laporan berkenaan ke hospital bagi mendapatkan ubat.

"Dulu saya tak berani juga nak buat semua ni sendiri dekat ibu, tapi lama kelamaan saya merasakan perlu untuk saya kuat semangat menjalani semua perkara ini," katanya.

Siti Rokiah berkata, ibunya mendapat bantuan bulanan daripada pihak jabatan zakat sebanyak RM200.

"Alhamdulilah saya dan ibu ada tempat berteduh yang sempurna sebab rumah yang kami diami sekarang saya perbaiki ketika bekerja kilang.

"Duit zakat RM200 itu saya gunakan untuk membeli lampin pakai buang emak dan membayar bil manakala untuk makan pula saya berbelanja mengikut lebihan wang yang ada," katanya.

Menurut Siti Rokiah, rumahnya yang bersebelahan asrama sebuah sekolah membolehkan dia dan emaknya mendapatkan lebihan makanan secara percuma.

"Kadang ada makanan yang depa tak habis depa bagi pada saya dan ibu," katanya sambil menahan sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional 0200741000031405 atas nama Siti Rokiah Othman.