Rundingan pengambilan tanah ECRL di Selangor sedang berjalan - Amirudin

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor dilakukan secara berterusan di bawah komuniti khas oleh Setiausaha kerajaan negeri dan wakil ECRL.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengambilan tanah yang belum selesai membabitkan kawasan pemindahan penduduk.

Iklan
Iklan

"Ada kawasan telah selesai dan ada yang bermasalah kerana belum dapat persetujuan.

"Kerajaan negeri akan turun ke bawah bagi memberikan penerangan agar mendapat penyelesaian terbaik," katanya mengulas perkembangan isu pengambilan tanah membabitkan projek ECRL di Selangor.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, proses pengambilan tanah bagi projek ECRL sepanjang 665 kilometer telah siap 93 peratus.

Menurut Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC), Zhang Wenfeng, syarikat itu masih menunggu proses pengambilan tanah di Seksyen C membabitkan kawasan Selangor mewakili tujuh peratus jajaran rel.

Iklan

Wenfeng berkata, tujuh peratus yang belum selesai bukanlah jumlah yang besar, namun kemungkinan boleh menjejaskan tempoh penyiapan projek jika berlaku kelewatan pengambilan tanah tersebut.

Amirudin berkata, proses rundingan selesai akan dilakukan secara berterusan memandangkan tempoh projek dilaksanakan sehingga 2026.

"Sekarang tumpuan adalah bagi kawasan Gombak ke Serendah. Kita akan fokuskan penyelesaian di kawasan sana.

"Memang ada bantahan di sana, namun kita akan cuba selesaikan kerana ECRL juga penting untuk ekonomi negara terutama bagi perkhidmatan kargo dari pantai timur ke Port Klang," katanya.