Negeri Sembilan mohon FAMA tambah bekalan BPT

Iklan
Orang ramai mengambil peluang membeli beras tempatan yang dijual pada program Jualan Beras Putih Tempatan di Pusat Operasi FAMA Senawang, pada Rabu. - Foto Bernama

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membuat pembelian dan permohonan untuk mendapatkan tambahan beras putih tempatan (BPT).

Exco Kanan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini berikutan BPT sebanyak 20 tan metrik atau 2,000 kampit bagi 10 kilogram (kg) untuk Intervensi Pengedaran BPT yang mula diagihkan hari ini, tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dalam tempoh seminggu.

Iklan
Iklan

"Keperluan rakyat agak mendadak dan saya dapat laporan bekalan ini akan habis dalam tempoh tengah hari ini. Program ini perlu kerap dilakukan termasuk dengan penglibatan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selepas ini bagi pastikan beras cukup untuk orang ramai.

Iklan

Beliau turut berkata, tiada kenaikan harga beras putih tempatan dilaporkan di seluruh negeri ini dan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik kerana masalah kekurangan makanan ruji itu hanya berlaku sementara dan tidak berpanjangan.

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Cawangan Negeri Sembilan, Irwan Ahmad Rejab berkata, pemantauan pihaknya mendapati tiada laporan berhubung bekalan beras tempatan dibungkus semula dan dijual sebagai beras import, selain tiada kes beras diseludup atau stok disimpan.

Iklan

"Di pasaran, BPT memang sentiasa diedarkan oleh pembekal cuma bila berlaku kenaikan harga beras putih import, bekalan BPT di pasaran cepat habis dan pembekal mengambil masa lima ke tujuh hari untuk hantar bekalan baharu,” katanya.

Beliau turut berkata, orang ramai tidak perlu berasa bimbang berikutan bekalan beras putih tempatan dijangka akan kembali pulih dalam masa terdekat.

"Nasihat saya supaya pengguna membeli BPT sekadar untuk kegunaan, bekalan akan sentiasa kita tambah. Kita juga telah melantik tiga pemborong dengan kuota 300 tan metrik sebagai tambahan bagi memenuhi keperluan BPT di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Anisah Baharom, 42, berkata, beliau sudah berada di pusat jualan berkenaan seawal 8 pagi bagi mendapatkan BPT setelah mengetahuinhya menerusi media sosial semalam.

"Saya datang awal kerana takut tak mencukupi, ini kerana kebanyakan stok BPT sangat sukar untuk dibeli di pasar raya dan kedai runcit, kalau nak beli beras import memang mahal. Alhamdulillah saya dapat beli sekampit beras 10kg,” katanya. - Bernama