JPJ, APAD diarah siasat dakwaan lori lebih muatan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Anthony Loke)

KUALA LUMPUR - Siasatan segera akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya di sini pada Rabu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan menyeluruh akan dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) jika ia berpunca daripada lori lebih muatan.

Iklan
Iklan

"Saya dah arah JPJ dan APAD untuk siasat jika benar lori terlibat lebih muatan kerana berdasarkan pemerhatian lori itu seperti lebih muatan.

"Jika benar lebih muatan, maka ia akan memberi impak kepada brek untuk berfungsi dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di Menara Affin di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau dalam pada itu mengesahkan bahawa kemalangan berkenaan tidak membabitkan sebarang konvoi kenamaan.

"Menteri Belia dan Sukan telah sahkan kepada saya bahawa ia adalah raptai Le Tour De Langkawi," katanya.

Iklan

Anthony dalam pada itu menyifatkan kemalangan itu amat menyedihkan bagi keluarga dan waris mangsa yang terlibat.

Kemalangan kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua individu maut di tempat kejadian.