Azerbaijan-Armenia 'berperang' lagi

Iklan
Anggota misi pengaman Rusia membantu usaha pemindahan penduduk di 'kawasan berbahaya' di Nagorno-Karabakh pada Rabu. - Foto AFP

BAKU - Gencatan senjata dicapai pada Rabu untuk meredakan konflik Azerbaijan-Armenia selepas Baku melancarkan ‘operasi antikeganasan’ hingga memaksa pemindahan lebih 2,000 orang awam dari ‘kawasan berbahaya’ di wilayah bergolak Nagorno-Karabakh.

Sebelum ini, Presiden Ilham Aliyev menegaskan kempen ketenteraan itu akan dihentikan jika puak pemisah Armenia meletakkan senjata.

Iklan
Iklan

Kementerian Pertahanan di Baku mengesahkan pasukan tentera mereka telah merampas kawalan lebih 60 kedudukan tentera di kawasan pergunungan Nagorno-Karabakh.

Krisis itu turut mendapat perhatian komuniti antarabangsa terutamanya Rusia.

Iklan

Kali terakhir, Baku dan Yerevan terjerumus dalam peperangan, kira-kira tiga tahun lalu.

Perang pertama antara kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu tercetus pada awal 1990-an selepas kejatuhan blok tersebut.

Iklan

Ia disusuli dengan konflik pada 2020 selepas Azerbaijan menduduki kawasan sekitar Nagorno-Karabakh. - AFP