Budak 7 tahun 'belanja' bir hingga kawan sekelas mabuk

Iklan
Tangkapan layar perbualan ibu kanak-kanak itu bersama guru yang mendedahkan kenakalannya. - Foto Agensi

BEIJING - Kanak-kanak zaman sekarang sememangnya 'advance' seperti yang berlaku di China hingga mencetuskan kekecohan di sekolahnya.

Budak lelaki berusia tujuh tahun di Xiamen, China itu dikatakan membawa dua botol bir tanpa pengetahuan ibu dan bapanya malah turut menyebabkan beberapa rakan sekelasnya 'mabuk' ketika kejadian baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Insiden itu hanya diketahui umum setelah dikongsi ibu kanak-kanak tersebut.

Menerusi klip video berkenaan, budak itu dipercayai sedang menjalani 'hukuman' memandangkan dia sedang menghadap ke dinding.

Iklan

"Saya tidak tahu bila dia ambil dua botol bir tersebut dari peti sejuk," bebel wanita itu ketika menceritakan kenakalan anaknya.

Dia turut berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama guru yang mengadukan hal tersebut.

Iklan

Guru itu juga menyatakan ramai murid di kelas itu mabuk hingga tertidur setelah berkongsi bir berkenaan.

Akibat perbuatan itu, ibunya terpaksa memohon maaf kepada guru dan ibu bapa murid yang terlibat.

Insiden itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ibu bapanya wajar memberi lebih perhatian kepadanya ketika di rumah. - Agensi