Perlis United sebulan tak bergaji

Iklan
Pegawai dan pemain Perlis United ketika mengadakan pertemuan dengan Muhammad Azmir bagi mencari penyelesaian isu berkenaan. - Foto Perlis United

ISU kelewatan pembayaran gaji kembali mewarnai arena bola sepak domestik tempatan apabila pemain dan pegawai kelab Kejuaraan MBSB Bank (Liga M3) Perlis United FC mendakwa belum dibayar untuk bulan Ogos.

Malah menurut penolong pengurus Perlis United, Muhamad Khairulnizam Haris, sekiranya isu itu tidak diselesaikan segera dibimbangi akan menjejaskan tumpuan kelab berpangkalan di Kangar berkenaan dalam mengharungi baki saingan liga.

Iklan
Iklan

Jelasnya, situasi yang berlaku itu juga secara tidak langsung akan menjejaskan pegawai dan pemain dalam menyara seterusnya meneruskan kelangsungan hidup masing-masing.

"Ada juga dalam kalangan pemain yang menerima kehadiran ahli keluarga baharu selain terikat dengan komitmen bulanan masing-masing dan sebagainya," katanya.

Iklan

Sebelum itu, Khairulnizam, pengurusan dan pemain Perlis United mengadakan pertemuan dengan Exco Belia dan Sukan Perlis, Muhammad Azmir Azizan bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut.

Sebagai rekod, Perlis United selepas mengharungi 20 perlawanan mengumpul 27 mata - lapan menang, tiga seri, sembilan tewas - berada di kedudukan ketujuh liga dalam kalangan 13 pasukan bertanding musim ini.

Iklan

Perlis United yang menewaskan kelab tangga ketiga Harini FT, 3-2 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 9 September lalui, akan meneruskan kempen liga berdepan pasukan tangga keempat Bukit Tambun FC di Stadium UiTM Perlis pada 23 September ini.