Penjajaran baru jejas hasrat asal ECRL: Ahmad Jazlan

Iklan
Ahmad Jazlan bersama pimpinan sayap parti memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Ulangtahun UMNO Ke 73 Peringkat Dun Kemuning di sini petang semalam.

MACHANG - Penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) didakwa akan menjejaskan tujuan sebenar pembinaannya sebagai projek transformasi bagi mengimbangi pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pembinaan ECRL bertujuan menyelesaikan beberapa isu antaranya potensi negeri-negeri Pantai Timur yang belum diteroka, memudahkan proses pengangkutan produk dari Pantai Timur ke Pantai Barat dan kewujudan industri baharu disebabkan terdapat laluan perdagangan yang cepat selain dapat meningkatkan produktiviti Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Pantai Timur.

Iklan
Iklan

"Penjajaran baharu yang dikatakan lebih menjimatkan tersebut akan memberikan impak yang besar kepada Kelantan apabila lima stesen dikurangkan kepada dua stesen. Ia seolah olah cuba menidakkan hak Kelantan pada projek pembangunan ekonomi itu.

"Kalau benar kerajaan ikhlas meneruskan pembinaan ECRL ini dan bertujuan mengelakkan pembaziran yang didakwa dilakukan oleh kerajaan terdahulu, mereka kena buktikan dengan meneruskan laluan yang sama, lengkap dengan kemudahan yang dipersetujui sebelum ini.

Iklan

"Tetapi jika dengan mengurangkan stesen dan membuat jajaran baharu, ia bukan menjimatkan. Bila jarak lebih pendek dan kemudahan kurang, sudah pasti kos pun akan kurang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulangtahun UMNO Ke 73 Peringkat Dun Kemuning di sini petang semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz, Ketua Pergerakan Wanita Umno Machang, Datin Rahimah Mahamad, Ketua Pemuda UMNO Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail dan Ketua Puteri Umno Machang, Nurul Hasliana Hamsani.

Iklan

Tambah Jazlan, kerajaan perlu mengkaji semula jajaran baharu itu dengan mengambil kira kepentingan dan manfaatnya kepada rakyat di negeri ini.