Reformasi ke arah kebaikan terus mekar - Amirudin

Iklan
Amirudin berucap pada Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya, malam Rabu. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membidas pihak tertentu yang mengatakan perjuangan reformasi yang dibawa parti itu sejak 25 tahun lepas telah terkubur.

Sebaliknya, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, titik perubahan dan reformasi yang dibawa PKR masih terus dilaksanakan biarpun terdapat beberapa"perkembangan yang menjadi persoalan” di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya orang-orang ini sangat takut dan bimbang dengan reformasi dan tak mahu ia terus berlaku,” katanya pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR Selangor 2023 di sini malam Rabu.

Amirudin percaya reformasi ke arah kebaikan akan terus mekar dan berkobar-kobar dalam hati rakyat Malaysia dan ia tidak akan mati, sebagaimana reformasi yang berlaku di seluruh dunia.

Iklan

Beliau berkata, kelompok berkenaan mahu gerakan reformasi itu mati kerana mereka tahu bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah membawa perubahan demi perubahan untuk negara.

"Justeru perubahan itu bukan hanya ditandai dengan kemenangan dalam pilihan raya atau kejayaan membentuk kerajaan majoriti dua pertiga, tetapi ditentukan oleh kecekalan semangat rakyat yang percaya bahawa perubahan perlu terus dilakukan (demi kebaikan).

Iklan

"Marilah sama-sama pada sambutan 25 tahun reformasi ini, kita bangunkan keyakinan untuk kita terus berjuang dan bekerja untuk pastikan reformasi ini terus hidup, bukan hanya 10 tahun tetapi 100 tahun ke hadapan,” katanya. - Bernama