Tun M turun Kedah beri taklimat pembangunan ekonomi SG4

Iklan
Dr Mahathir Mohamad (duduk, tiga dari kanan) bersama Muhammad Sanusi (duduk, tiga dari kiri) serta barisan Exco Negeri Kedah bergambar kenangan.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan taklimat tertutup kepada barisan kepimpinan negeri Kedah mengenai perancangan pembangunan ekonomi di bawah empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau 'State-Goverment 4' (SG4).

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan Exco Negeri Kedah itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di, Alor Setar, pada petang Rabu.

Iklan
Iklan

Katanya, pertemuan yang berjalan dalam suasana yang amat kondusif turut mendapat reaksi positif dari Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah.

"Dalam sesi pertemuan tersebut Tun Mahathir telah memberikan komitmen yang amat tinggi untuk terus membimbing negeri Kedah serta tiga negeri lain di bawah gabungan ‘SG4’ melalui pengalaman beliau membangunkan Malaysia pada suatu masa dahulu.

Iklan

"Ini untuk membuktikan bahawa negeri-negeri gabungan ‘SG4’ yang diurus-tadbir oleh kepimpinan Melayu turut boleh maju secara cemerlang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Khairuddin berkata, dalam pertemuan itu, Dr Mahathir turut mengingatkan kepimpinan negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ untuk melaksanakan transformasi kepimpinan khususnya melawan rasuah dalam agenda bagi memperkasakan ekonomi secara lebih mantap.

Iklan

"Pelbagai perancangan pelaburan turut dibincangkan di peringkat awal ini bagi membangunkan ekonomi negeri Kedah merangkumi sektor perindustrian, pelacongan, pertanian, infra-struktur, pendidikan serta bidang-bidang lain.

"Pada hakikatnya, negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ mempunyai potensi yang amat tinggi kerana kaya dengan hasil-mahsul buminya cuma memerlukan tata kelola dinamis bagi mencapai matlamat tersebut," ujarnya. - Awani