LENGGONG - Seorang pemandu lori ditemui lemas kolam tadahan di Ladang Air Kala, di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa berusia 32 tahun itu disyaki lemas selepas topi dan seliparnya ditemui di dalam kolam tadahan tersebut manakala lori masih berada di kawasan parkir tempat kejadian.
"Pencarian dijalankan segera dipermukaan dan selaman oleh pasukan penyelam di air.
"Mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi dia dipercayai terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sabarodzi berkata, setelah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, operasi pencarian mangsa tamat pada jam 11.40 malam.