[VIDEO] Laungan 'Rasuah Busters' bergema di MRSM Tun Dr Ismail

Iklan

PONTIAN - Program Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), usahasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rasuah Busters di MRSM Tun Dr Ismail di sini, pada Rabu berjaya meningkatkan pemahaman dalam kalangan pelajar terhadap cabaran rasuah masa kini.

Program tersebut menjadi platform kepada kira-kira 651 pelajar mengekspresi pandangan dalam usaha membanteras rasuah selain mengukuhkan nilai jati diri berintegriti.

Iklan
Iklan

Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, Jelajah Antirasuah memberi peluang kepada pelajar menyampaikan suara hati dan azam mereka memerangi rasuah.

Iklan
Nurhayati (kiri) bersama pelajar pada sesi Jelajah Antirasuah di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian.

"Kami dengar pandangan mereka yang bersemangat mahu membina Malaysia yang bebas daripada rasuah. Ilmu yang disampaikan bukan sahaja dapat memupuk kesedaran tetapi juga dapat membangkitkan nilai karekter bangsa kepada pelajar.

"Syabas kepada Mara. Permulaan pencegahan rasuah itu bermula dari rumah dan sekolah, seterusnya dapat menyelamatkan negara dan generasi akan datang terus cemerlang serta bebas daripada rasuah," katanya.

Iklan

Dalam program itu pelajar turut melafazkan ikrar bebas rasuah diketuai Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM Tun Dr Ismail, Muhammad Zainulariff bin Azmi.

Pelajar bersemangat menyatakan pandangan tentang lukisan doodle mengenai usaha membanteras rasuah.

Selain itu, pelajar turut menyatakan pandangan masing-masing terhadap lukisan doodle yang menerapkan perasan benci rasuah dalam kalangan masyarakat.

Program berkenaan turut dihadiri, Ketua Unit Integriti Mara, Md Najib Mo'min ;Timbalan Ketua Unit integriti Mara, Ahmad Sofi Abdullah dan Pengetua MRSM Tun Dr Ismail, Shalina Mohamed.

Menurut Norhayati, Jelajah Antirasuah harus menjadi contoh kepada semua pihak agar turut mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah seterusnya mencapai matlamat Pelan Antirasuah Nasional.

Bagi Ahmad Sofi, reaksi pelajar yang gembira dan bersemangat sepanjang mendengar program berlangsung, membuktikan Jelajah Antirasuah menerima sambutan cukup baik dalam kalangan generasi muda.

"Saya lihat pelajar cukup teruja untuk mendengar tentang memerangi rasuah yang disampaikan di dalam Jelajah Antirasuah.

Pelajar menyatakan pandangan mengenai usaha memerangi rasuah yang boleh dilakukan generasi muda.

"Selepas ini, Mara merancang untuk meneruskan program seumpama ini di MRSM di zon tengah iaitu MRSM Kuala Kubu Baru dan Sungai Besar," katanya.

Sementara itu, rata-rata pelajar yang ditemui gembira kerana dapat menyertai program Jelajah Antirasuah yang memberi banyak ilmu baharu mengenai usaha membanteras rasuah.

Pelajar, Darine Naurrah Mohd Zaki, 16, berkata, Jelajah Antirasuah sangat bagus kerana dapat memupuk integriti dalam kalangan pelajar.

DARINE NAURRAH

"Pelbagai ilmu baharu diperoleh tentang kesedaran membanteras rasuah bermula daripada genenasi muda. Saya gembira kerana dapat menjadi peserta Jelajah Antirasuah.

"Sebagai pelapis masa depan negara, sudah tentu saya mahukan Malasyia bebas daripada rasuah," ujarnya.

MUHAMMAD

Pelajar, Muhammad Adam Iman Muhammad Junio, 16, mengakui Jelajah Antirasuah merupakan program yang baik dengan pendekatan pelajar menyuarakan pandangan mereka tentang rasuah.

"Banyak perkara baharu yang dipelajari daripada Jelajar Antirasuah. Saya dan rakan -rakan bersemangat untuk mengetahui tentang kesedaran banteras rasuah," katanya.