'Saya rasa 'down' masa nak siapkan Sitism' - Tokti

Iklan
Akibat masalah kesihatan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mengakui harus mengambil masa yang lama untuk merakamkan sebuah lagu. - Gambar Ivan Koh

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sedikit tertekan ketika merakamkan album solo terbaharunya, Sitism.

Akibat masalah kesihatan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mengakui harus mengambil masa yang lama untuk merakamkan sebuah lagu.

Iklan
Iklan

"Sebagai penyanyi, suara itu adalah satu aset sebab itu saya boleh katakan saya rasa down bila nak siapkan sebab ada lagu yang mengambil masa sampai tiga jam sebab selalu saya ambil masa satu jam atau paling cepat 30 minit sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan album Sitism pada Rabu.

Pelantun lagu Magis itu juga mengakui reda sekiranya ditakdirkan kehilangan suara kerana bakat yang dimiliknya adalah milik ALLAH.

Iklan

"Ketika saya berhadapan dengan situasi sakit tekak sebelum ini, saya fikir mungkin ALLAH nak tarik sedikit bakat yang dia pinjamkan.

"Saya selalu berfikir positif mungkin dalam usia sebegini, kalau Allah nak kekalkan suara saya serak, saya terima dengan reda,” ujarnya.

Meskipun akan ada mulut-mulut yang berkata-kata, Siti tidak mahu terlalu memikirkannya malah akan cuba memberikan yang terbaik dalam merealisasikan album solo yang ke-20.

Iklan

Namun, beliau tetap berusaha untuk berjumpa dengan pakar perubatan serta menunaikan umrah dan berdoa agar urusannya dipermudahkan.

Album Sitism dilancarkan dalam dua fasa dan fasa kedua adalah album lengkap, disebut sebagai Sitism (Deluxe Album) yang memuatkan 12 lagu ciptaan komposer tempatan dan Indonesia. - Awani