Elak silo untuk tingkatkan sinergi antara kementerian - Chin Tong

Iklan
Chin Tong semasa ucap tama pada forum INsights@Axiata di sini pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia mampu mengelak bekerja secara silo (bersendirian) dan mengakui potensi sinergi yang boleh dicapai menerusi kerjasama antara kementerian dalam dunia digital baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, apabila kerajaan melipatgandakan usaha untuk memacu ekonomi digital pada masa hadapan, silo adalah penghalang utama kepada transformasi.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau menegaskan, mana-mana kementerian, jabatan dan industri perlu menghapuskan budaya"tidak berbincang antara satu dengan lain.”

"Dalam dunia digital baharu ini, kita perlu meruntuhkan apa sahaja halangan dan menghapuskan silo,” katanya dalam ucap tama pada forum INsights@Axiata di sini pada Khamis.

Iklan

Chin Tong berkata, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) adalah komponen utama kerangka Ekonomi Madani berikutan kerangka itu mendorong realisasi pembaharuan ekonomi.

Katanya, empat misi telah digariskan untuk memacu transformasi berkenaan.

Iklan

Beliau memberikan contoh bahawa misi pertama iaitu meningkatkan kompleksiti ekonomi, akan menggalakkan industri untuk membuat pembaharuan dan menghasilkan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran global.

Tumpuan kepada Asia Tenggara juga akan membolehkan Malaysia untuk berhubung dan bekerjasama dengan negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand yang akan meningkatkan kapasiti ekonomi negara, katanya. - Bernama