Enam rumah, surau rosak dilanda ribut

Iklan
Sebuah rumah penduduk rosak di bahagian bumbung akibat dilanda ribut di Kampung Seri Makmur pada Rabu.

KUALA SELANGOR - Enam rumah penduduk dan sebuah surau rosak dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, kejadian kira-kira jam 7 malam itu berlaku berikutan hujan lebat disertai ribut di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, terdapat sebatang pokok besar tumbang dalam kejadian itu yang disifatkan penduduk paling buruk pernah melanda kampung berkenaan.

"Ada juga beberapa ladang dan tempat penanaman cendawan terjejas akibat dilanda ribut.

Iklan

"Selalunya di DUN (Dewan Undangan Negeri) Permatang ini, kawasan Sawah Sempadan sering berlaku ribut, tetapi kali ni kejadian teruk melanda Kampung Seri Makmur," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Nurul Syazwani (dua dari kanan) menziarahi sebuah rumah penduduk dilanda ribut di Kampung Seri Makmur pada Rabu.

Bagaimanapun Nurul Syazwani berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Iklan

"Saya juga sudah menziarahi dan meninjau kejadian yang menimpa penduduk dan berharap mereka tabah dan bersabar dengan dugaan ini.

"Mana-mana pihak yang ingin membantu, bolehlah terus bertemu dengan mangsa terlibat atau melalui saya agar kita dapat bersama-sama meringankan beban mereka terjejas," jelas beliau.