Polis campur tangan atasi penyelewengan bekalan asas

Iklan
Kamarul Zaman menyematkan pingat kepada bekas anggota polis, Awang Daud sempena Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di IPK Johor pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Polis tidak teragak-agak campur tangan bagi memastikan bekalan barang asas seperti beras, minyak, telur dan gula tidak diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, setakat ini polis telah menerima satu laporan berhubung penyeludupan minyak masak oleh sindiket di kawasan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

"Walaupun ia bukan tugas hakiki polis tetapi memandangkan ia menjejaskan ketenteraman masyarakat, polis akan ambil tindakan terhadap pihak yang terlibat sindiket menyorok beras tempatan atau minyak masak.

"Menerusi kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), polis bantu tangkap manakala siasatan dijalankan mereka. Kita bantu kerana mungkin KPDN ada kekangan dan sebagainya,” katanya

Iklan

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingag Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, polis Johor akan memperkasakan media sosial seperti TikTok, X dan Instagram bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat.

Iklan

"Menerusi aplikasi media sosial ini, orang ramai lebih mudah menyalurkan maklumat seperti penyelewengan bekalan asas," katanya.