Wajar mansuh pencen ahli politik, ganti dengan caruman KWSP

Iklan
Thomas Fann

SHAH ALAM - Kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan memansuhkan pencen ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan menggantikannya dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan selepas tamat berkhidmat.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann berkata, ada pemimpin yang hanya berkhidmat satu penggal bersamaan dengan empat hingga lima tahun sahaja sebelum berundur, namun tetap menerima pencen seumur hidup.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, rakyat biasa seperti penjawat awam perlu berkhidmat dalam satu jangka masa yang lama atau sehingga bersara untuk menerima pencen mereka.

"Tambahan pula, ahli politik yang berkhidmat sebagai ADUN, ahli Parlimen atau menteri ini mendapat tiga pencen berasingan yang dilihat sangat tidak adil kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Berdasarkan laporan media pada Rabu, pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid menyuarakan cadangan tersebut ketika berucap di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.

Muhammed berpendapat, mereka patut ‘diajar’ untuk merasai kesempitan hidup dan kekangan kewangan seperti dihadapi rakyat yang sering meluahkan rasa terkesan dengan kos sara semakin meningkat.

Iklan

Tambah Thomas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat perkara tersebut sebagai sebahagian daripada reformasi politik.

"Melalui pembaharuan ini, kerjaya politik akan dilayan sama seperti mana-mana bidang profesional lain dan bukan tiket untuk mendapatkan kehidupan yang mudah serta mewah,” ujarnya.