Hina Perdana Menteri: AMK Perak buat laporan polis

Iklan
AMK Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Anwar menerusi Facebook. - Foto Facebook AMK Perak

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam terhadap pemilik akaun bernama"Mubin Salleh".

Iklan
Iklan

"Jadi, laporan ini dibuat supaya polis melakukan siasatan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat pada Selasa lepas terhadap seorang pengguna media sosial TikTok sweet_purple1404 yang memuat naik video berdurasi 14 saat memaparkan gambar Anwar dengan tulisan"Innalillah".

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima kedua-dua laporan berkenaan. - Bernama

Iklan