Cabaran lebih besar menanti TFC - Ahmad Samsuri

Iklan
Ahmad Samsuri

TERENGGANU FC (TFC) berdepan cabaran lebih besar selepas menewaskan Central Coast Mariners 1-0 dalam saingan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia berdasarkan latar belakang pasukan lawan yang disifatkan bukan calang-calang serta mempunyai kelebihan menyebabkan mereka sukar ditundukkan.

Iklan
Iklan

"Saya sedar, semua orang sedar bahawa kita berdepan dengan cabaran yang besar, bila berdepan dengan pasukan dari Australia malam tadi, dengan pengalaman mereka dan beberapa pemain mereka yang pernah beraksi di World Cup, mewakili Australia.

"Bukan kita pergi malam tadi dengan 'underdog' tetapi kita pergi dengan cabaran yang besar.

Iklan

"Cuma kelebihan kita yang besar juga adalah kita bermain di tempat kita sendiri dengan keseluruhan penyokong-penyokong boleh dikatakan 99 peratus adalah penyokong kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Ahmad Samsuri bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan skuad Terengganu yang berjaya mempertahankan gawang sehingga gagal dibolosi pihak lawan.

Iklan

"Alhamdulillah mereka telah menunjukkan keyakinan bahawa walaupun berdepan dengan cabaran besar mereka berjaya.

"Ini memberikan suatu kelebihan bila kita dapat markah awal dalam perlawanan yang pertama.

"Cuma cabaran selepas ini tentulah lebih berat untuk mengekalkan kemenangan, terutamanya lawan di tempat orang lain. Tetapi insya-ALLAH kita cuba yang terbaik," katanya.

TFC dijadual menentang kelab Indonesia, Bali United FC selepas ini dalam perlawanan kedua di tempat lawan pada 4 Oktober depan.