Ahli keluarga warga asing diculik diselamatkan polis

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli keluarga kepada seorang warga asing yang disyaki diculik sekumpulan individu berjaya diselamatkan pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mengesahkan perkara itu berkata, individu terbabit diselamatkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama IPK Pulau Pinang dan bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati warga asing itu terbabit dalam satu urus niaga di negara ini.

"Kita (polis) menerima laporan berhubung kejadian culik ahli keluarga kepada seorang warga asing,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Khamis.

Iklan

Diminta mengulas lanjut berhubung kes tersebut, Mohd Shuhaily berkata, beliau hanya dapat memberikan sedikit pendedahan awal berhubung kejayaan itu.

Jelasnya, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media pada Jumaat.

Iklan

"Saya sepatutnya ke Pulau Pinang hari ini untuk sidang akhbar kejayaan menemukan semula wanita tersebut pada Jumaat.

"Namun kekangan tugas di Bukit Aman, saya tidak ke sana dan hari ini saya bagi sedikit pendedahan awal berhubung kes itu kepada pihak media," ujarnya.