Lebih 5,000 rumah mesra rakyat dibina tahun ini

Iklan
Kor Ming - Foto: Bernama

BENTONG - Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, setakat ini, sebanyak 4,250 unit rumah telah dibina oleh Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB), melepasi sasaran ditetapkan untuk tahun ini iaitu 3,410 unit.

Iklan
Iklan

"Atas keprihatinan Kerajaan Perpaduan dan semangat Malaysia MADANI untuk menawarkan rumah mampu milik atau RMR, ada peruntukan tambahan yang besar untuk skim ini.

Kor MIng berkata, berdasarkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa aspek mengenai tata kelola projek RMR akan ditambah baik bagi memastikan syarikat terlibat menepati sasaran ditetapkan tanpa sebarang ketirisan dan penyelewengan.

Iklan

Sementara itu, Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP menafikan dakwaan kerajaan menggunakan pendekatan barbaric politics dengan tidak memperuntukkan dana bagi pembangunan di kawasan Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana peruntukan disalurkan terus kepada pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT). - Bernama

Iklan