Banjir kilat jejaskan penduduk Baling

Iklan
APM melakukan pemantauan di beberapa lokasi di Baling yang dilaporkan dinaiki air.

BALING - Sebanyak empat buah kampung di sini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan cuaca buruk sejak Khamis.

Berdasarkan hantaran di laman sosial Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah dan APM Daerah Baling, empat kampung tersebut ialah Kampung Ulu Bakai, Kampung Seputih (Mukim Bakai), Kampung Lubuk Pedati (Mukim Baling) dan Kampung Padang Empang (Mukim Kupang).

Iklan
Iklan

Menurut hantaran berkenaan, tinjauan APM Daerah Baling mendapati beberapa buah kampung yang terjejas telah diberi nasihat untuk berpindah jika keadaan semakin buruk.

"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 8 malam,"katanya.

Iklan

Difahamkan, hujan lebat yang berlarutan pada pagi dan petang di Daerah Baling telah menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

"Orang ramai dinasihatkan peka dengan keadaan sekeliling, jaga keselamatan anak-anak serta keluarga dan bersedia untuk berpindah jika berlaku kenaikan air,"katanya.

Iklan

Pasukan itu juga dilaporkan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya cuaca bertambah buruk.