Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026

Iklan
MESSI

KAPTEN Argentina, Lionel Messi tidak pasti akan beraksi dalam Piala Dunia yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada pada 2026, apabila ketika itu dia sudah berusia 39 tahun.

Buat masa ini, Messi berkata, dia fokus pada kejohanan Copa America 2024.

Iklan
Iklan

"Selepas Copa America kita akan lihat, ia bergantung kepada perasaan saya. Masih ada tiga tahun lagi,” katanya.

Messi mengetuai Argentina meraih kemenangan menentang Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Qatar Disember lalu.

Iklan

Dalam temu bual itu, dia mengulangi kekecewaannya kerana tidak menerima"pengiktirafan" yang sepatutnya bersama kelab Paris Saint-Germain selepas menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dia mendakwa menjadi satu-satunya pemain Argentina menjulang Piala Dunia 2022 yang tidak mendapat pengiktirafan daripada kelabnya.

Iklan

"Ia bukanlah apa yang saya jangkakan tetapi saya selalu mengatakan bahawa perkara berlaku atas sebab tertentu,” katanya.

Pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu sudah beberapa kali menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati ketika di PSG sebelum berpindah ke Florida bermain untuk Inter Miami.