Jom lari, kumpul dan kongsi ceria bersama Lotus’s

Iklan



Masyarakat Malaysia sudah menyedari tentang kepentingannya untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian mereka. Kesedaran ini timbul hasil daripada pelbagai perkongsian maklumat oleh kerajaan, pihak swasta dan juga kelompok umum sama ada melalui media massa mahupun media sosial.

Oleh itu Lotus’s juga tidak mahu hanya dikenali sebagai sebuah pasaraya tetapi juga mahu tampil sebagai satu syarikat korporat yang menyokong aspirasi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Iklan
Iklan

Untuk itu, Lotus’s dengan kerjasama Kementerian Kesihatan mahu menggalakkan komuniti untuk mengamalkan kehidupan sihat dan ceria dengan menganjurkan Lotus’s Ceria Charity Run pada 30 September nanti bertempat di Lotus’s Setia Alam.

Acara larian merangkumi tiga kategori jarak iaitu 5km, 10km dan 15km, itu bukan hanya meletakkan matlamat siapa paling pantas tiba di garisan penamat, namun lebih penting adalah untuk memastikan seluruh komuniti Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dalam kehidupan harian mereka seperti dengan cara senam riadah.

Iklan

Usaha itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat tersebut di samping menyokong Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang diinisiatifkan oleh Kementerian Kesihatan.

Peluang kumpul barangan percuma

Iklan

Oleh itu, tak kira anda adalah pelari baru mahupun pelari profesional, matlamat utama adalah kita semua berlari dalam suasana ceria dan santai sambil para peserta berpeluang untuk mengumpul barangan berjenama Lotus’s di setiap hentian ketika mereka berlari. Memang ada pelbagai barangan percuma dan baucar disediakan oleh penaja yang turut serta di akhir garisan penamat nanti.

Bukan itu saja, di tapak acara larian berlangsung juga terdapat lebih daripada 27 aktiviti sampingan dan gerai pempamer disediakan untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Ini termasuklah program saringan kesihatan percuma, aktiviti permainan, pemberian sampel produk dan juga pelbagai kendera saji.

Para peserta yang sudah mendaftar boleh mula mendapatkan kit koleksi larian di Lotus’s Setia Alam (berdekatan Medan Selera Lotus’s Setia Alam) bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, 29 September 2023.

Dengan setiap pendaftaran, sebanyak RM20 diperuntukkan untuk dana #KitakanJiran bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran digital untuk sekolah angkat Lotus’s.

Dengan peralatan digital yang kini sudah menjadi keperluan penting dalam pendidikan hari ini, penambahbaikan yang disediakan akan memberikan akses yang lebih baik kepada dalam pendidikan pelajar. Pada masa yang sama,sumbangan ini dapat memperkasakan lagi para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya hari ini serta pada masa hadapan.

Ahli My Lotus’s yang mendaftar dengan nombor keahlian mereka pula akan menerima baucar bernilai RM10 melalui aplikasi Lotus’s Malaysia, dan mereka akan bermula di garisan permulaan VIP dan menikmati faedah tambahan di My Lotus’s Runners’ VIP Lounge (tertakluk kepada Terma & Syarat) di Lotus’s Setia Alam.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh klik LOTUS’S CERIA CHARITY RUN